Wednesday 21 November 2012

Penukaran Tarikh

Maklumat Terkini



Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kemasukan prestasi murid Akademik dan Non Akademik bagi Tingkatan 1 ke dalam SPPBS telah dilanjutkan kepada 30 November 2012.
 

Terima kasih.

Thursday 15 November 2012

Teknik Penyoalan Berkesan


Assalamualaikum wbt
Setiap kali masuk ke dalam kelas, kita pasti akan bertanya kepada pelajar soalan-soalan yang berkaitan dengan P&P.
Namun, adakah kita pasti bahawa teknik penyoalan kita itu  berkesan atau tidak?
Berikut saya senaraikan teknik  penyoalan yang berkesan:
Langkah 1 : Taburkan soalan kepada semua pelajar.
Langkah 2 : Selepas kira-kira satu minit, barulah kita menyebut nama pelajar yang hendak disoal.
Langkah 3 : Sekiranya pelajar tidak dapat menjawab,
beri bantuan dengan memecahkan persoalan agar pelajar mendapat  bayangan atau klu. Jangan menjatuhkan maruah dan semangat pelajar dengan perkataan yang tidak-tidak.
Langkah 4 : Bertanya sekiranya ada murid lain yang sukarela ingin menjawab.
Langkah 5 : Minta pelajar pertama tadi mengulang jawapan murid kedua dengan tepat.
Langkah 6 : Ucapkan kata-kata pujian dan terima kasih kepada pelajar pertama dan kedua  dengan penuh semangat dan persilakan mereka untuk duduk.
Sebut soalan terlebih dahulu, kemudian baru sebut nama pelajar
Sekiranya kita menyebut nama pelajar diikuti dengan soalan, maka murid lain akan mendengar sambil lewa sahaja kerana mereka sudah tahu bahawa mereka 'terselamat'.
Tujuan memberi masa supaya pelajar dapat berfikir jawapan yang betul dan sesuai.
Selamat menyoal... .
~ Seronok mengajar, seronok belajar! ~

Wednesday 7 November 2012

Tarikh Akhir Key -IN

Makluman Terkini Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Print PDF
Dimaklumkan bahawa semua prestasi murid (Akademik) Tahun 1,Tahun 2 (Sekolah Rendah) dan prestasi murid (Akademik dan Non-Akademik) Tingkatan 1 (Sekolah Menengah) bagi tahun 2012, perlu dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012. Selepas tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan lagi, bagi memberi laluan kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'.
Data SEGAK murid sekolah menengah bagi tahun 2012 mestilah direkod pada tahun semasa memandangkan pelaporan BMI adalah mengikut umur.
Diingatkan bahawa data-data dari Pentaksiran Sekolah ini akan dicantumkan dengan data Pentaksiran Pusat dan PAJSK untuk menghasilkan pencapaian akhir di Tahun 6 bagi Sekolah Rendah dan Tingkatan 3 bagi Sekolah Menengah.
Oleh itu kemasukan prestasi murid dalam SPPBS sangat penting dan perlu dilaksanakan.

Monday 29 October 2012

Definisi PBS

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


Apa itu PBS?

Pentaksiran Berasaskan Sekolah ialah pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdiri daripada komponen berikut, iaitu Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilaksanakan ke atas semua sekolah rendah, iaitu
sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, dan sekolah swasta.
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah hendaklah berdasarkan Dokumen
Standard Prestasi dan manual Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Dokumen Standard Prestasi ialah panduan untuk menaksir pencapaian murid
mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara.
Dalam Standard Prestasi, pernyataan standard dikategorikan mengikut band, iaitu
Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5, dan Band 6. Band ini disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi murid-murid.
Murid akan dinilai mengikut band tertentu yang menentukan tahap kemampuan mereka.


Band 1-  Tahu
Band 2-  Tahu dan faham
Band 3-  Tahu, faham dan boleh buat
Band 4-  Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
Band 5-  Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji
Band 6-  Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali

Friday 26 October 2012

Seronok Mengajar

Seronok Mengajar , Seronok Belajar



Seronok mengajar, seronok belajar.
Objektif Blog : 
  1. Ingin berkongsi kaedah Sistem Pengurusan Pentaksiran Bearasaskan Sekolah yang berkesan kepada guru-guru pewaris bangsa dan negara.
  2. Mengumpulkan bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran  (P&P) PBS dalam satu tempat untuk dimuat turun.
  3. Memberi motivasi dan nilai tambah kepada guru-guru junior untuk berjuang dalam dunia pendidikan. 
  4. Membuka ruangan perbincangan membina dalam kalangan guru dan ibu bapa.
  5. Membina jaringan silaturrahim sesama rakan guru dan ibu bapa.

Thursday 25 October 2012

Rasional PBS

Rasional pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)

pelajar

PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai murid tahun satu 2011 diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan.
Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada produk akhir dan bukannya proses pembelajaran.

Tambahan pula, di sesetengah negara maju, sistem pentaksirannya telah banyak berubah dan ada yang langsung tidak mempunyai peperiksaan awam sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.
Justeru mulai 2016, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat berdasarkan nisbah 60:40 iaitu 60 peratus Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP) dan 40 peratus PBS. Manakala peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula bermula pada 2014.

PBP di peringkat UPSR sama seperti yang diamalkan sekarang akan dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Dalam PBS pula terdapat empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah bersifat akademik manakala Pentaksiran Psikometrik dan PASJK pula bersifat bukan akademik.
Bagi Pentaksiran Pusat, ia dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran ini melibatkan kerja khusus dan projek lisan.
Pentaksiran Sekolah pula melibatkan mata pelajaran teras dan elektif. Ia dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah.

Manakala Pentaksiran Psikometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

PAJSK adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani, sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmoni oleh kapasiti dan proses mental seseorang individu murid supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki.

- UTUSAN, 14 Disember 2011

Monday 24 September 2012

Jika Terklik

Jika Terlompat Band Ketika Mengklik





Sudahkah anda memulakan pengisian prestasi PBS anak-anak murid Tingkatan 1? Ada baiknya kita mulakan dari sekarang agar tidak celaru dan haru apabila tiba saat-saat akhir nanti.



Satu persoalan tentang klik band.

" Saya klik Band 1, 2 dan TERKLIK 4. Kemudian saya telah mengklik butang SIMPAN. Sedangkan  murid tersebut hanya mencapai band 2 sahaja? Bagaimana?"

- Cikgu....



Jawapan bagi persoalan di atas ialah, sekiranya prestasi murid adalah di Band 4, kita wajib mengisi / mengklik Band 1, 2 , 3 dan 4. Tidak boleh melompat band. Jadi, murid Cikgu di atas tetap akan mendapat Band 2 (dalam laporan)  kerana Cikgu tidak mengklik Band 3.

Walau bagaimanapun, sebagai contoh, jika murid telah  mencapai Band 4, namun cikgu terlompat  klik Band 3, maka , bolehlah di klik pada Band 3 kemudiannya dan WAJIB dibuat supaya murid mendapat haknya mendapat Band 4. 

Oleh yang demikian, perhati dahulu sebelum menekan butang SIMPAN.

~ Selamat mengklik ~

Tuesday 18 September 2012

PERATURAN PENTADBIRAN PEMANTAUAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS )

PERATURAN PENTADBIRAN PEMANTAUAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS )
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH RENDAH 2012

1. Pemantau Dalaman mendapatkan Instrumen Pemantauan daripada laman sesawang
Lembaga Peperiksaan http://www.moe.gov.my/lp.
2. Pemantau akan memuat turun instrumen tersebut dan membuat soft copy dan hard copy.
3. Pemantau menentukan masa tarikh dan masa pemantauan.
4. Mentadbir Instrumen Penjaminan Kualiti
4.1 Pemantau hendaklah mengisi:
4.1.1 maklumat sekolah;
4.1.2 maklumat guru dan murid; serta
4.1.3 maklumat pemantau ( yang berkenaan )
4.2 Pemantau mengisi Bahagian A ( Bahagian 1 hingga 4 ) dan Bahagian B ( 1 hingga 11 )
4.2.1 Pemantau menanda tanda ‘1’ pada petak wajaran yang berkenaan. Selain
daripada ANGKA ‘1’ TIDAK DIBENARKAN.
( Peringatan : Jika angka lain dimasukkan,kesilapan skor akan berlaku )
4.2.2 Jumlah Purata Skor akan didapati secara autamatik, apabila petak wajaran
diisikan dengan angka 1 sahaja.
4.3 Mentadbir Bahagian Rumusan Pencerapan
4.3.1 Semua purata skor yang telah dibuat akan terdapat di bahagian skor.
4.3.2 Pemantau diminta mengisi cadangan penambahbaikan bagi setiap aspek
jika perlu.
4.4 Mentadbir Bahagian Deskriptif Purata Skor
4.4.1 Deskriptif purata skor telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Ini berdasarkan purata skor yang telah diperoleh
4.5 Mentadbir Bahagian Pegawai Pemantau
4.5.1 Pegawai Pemantau diminta membuat catatan berdasarkan hasil Pemantauan
seperti dapatan, penambahbaikan, dan saranan kepada pihak sekolah.
5. Instrumen Penjaminan Kualiti (Pemantauan) yang telah diisi beserta laporan yang telah disiapkan
oleh pihak sekolah,hendaklah :
i. Salinan pertama disimpan di dalam fail induk JK PBS sekolah.
ii. Soft copy diemailkan ke Sektor Penilaian Peperiksaan ( SPP ) Negeri