Wednesday 21 November 2012

Penukaran Tarikh

Maklumat Terkini



Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kemasukan prestasi murid Akademik dan Non Akademik bagi Tingkatan 1 ke dalam SPPBS telah dilanjutkan kepada 30 November 2012.
 

Terima kasih.

Thursday 15 November 2012

Teknik Penyoalan Berkesan


Assalamualaikum wbt
Setiap kali masuk ke dalam kelas, kita pasti akan bertanya kepada pelajar soalan-soalan yang berkaitan dengan P&P.
Namun, adakah kita pasti bahawa teknik penyoalan kita itu  berkesan atau tidak?
Berikut saya senaraikan teknik  penyoalan yang berkesan:
Langkah 1 : Taburkan soalan kepada semua pelajar.
Langkah 2 : Selepas kira-kira satu minit, barulah kita menyebut nama pelajar yang hendak disoal.
Langkah 3 : Sekiranya pelajar tidak dapat menjawab,
beri bantuan dengan memecahkan persoalan agar pelajar mendapat  bayangan atau klu. Jangan menjatuhkan maruah dan semangat pelajar dengan perkataan yang tidak-tidak.
Langkah 4 : Bertanya sekiranya ada murid lain yang sukarela ingin menjawab.
Langkah 5 : Minta pelajar pertama tadi mengulang jawapan murid kedua dengan tepat.
Langkah 6 : Ucapkan kata-kata pujian dan terima kasih kepada pelajar pertama dan kedua  dengan penuh semangat dan persilakan mereka untuk duduk.
Sebut soalan terlebih dahulu, kemudian baru sebut nama pelajar
Sekiranya kita menyebut nama pelajar diikuti dengan soalan, maka murid lain akan mendengar sambil lewa sahaja kerana mereka sudah tahu bahawa mereka 'terselamat'.
Tujuan memberi masa supaya pelajar dapat berfikir jawapan yang betul dan sesuai.
Selamat menyoal... .
~ Seronok mengajar, seronok belajar! ~

Wednesday 7 November 2012

Tarikh Akhir Key -IN

Makluman Terkini Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Print PDF
Dimaklumkan bahawa semua prestasi murid (Akademik) Tahun 1,Tahun 2 (Sekolah Rendah) dan prestasi murid (Akademik dan Non-Akademik) Tingkatan 1 (Sekolah Menengah) bagi tahun 2012, perlu dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012. Selepas tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan lagi, bagi memberi laluan kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'.
Data SEGAK murid sekolah menengah bagi tahun 2012 mestilah direkod pada tahun semasa memandangkan pelaporan BMI adalah mengikut umur.
Diingatkan bahawa data-data dari Pentaksiran Sekolah ini akan dicantumkan dengan data Pentaksiran Pusat dan PAJSK untuk menghasilkan pencapaian akhir di Tahun 6 bagi Sekolah Rendah dan Tingkatan 3 bagi Sekolah Menengah.
Oleh itu kemasukan prestasi murid dalam SPPBS sangat penting dan perlu dilaksanakan.