Saturday 28 December 2013

PMR ditambah baik di peringkat menengah rendah, bukan dimansuh




PMR ditambah baik di peringkat menengah rendah, bukan dimansuh
 



KUALA LUMPUR 5 Dis. - Kementerian Pendidikan tidak bercadang memansuhkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), sebaliknya akan melakukan penambahbaikan tertentu.
Hal demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Mary Yap Kain Ching yang menegaskan penambahbaikan tersebut membawa maksud penilaian di peringkat menengah rendah masih dilaksanakan tetapi bukan dalam bentuk peperiksaan pusat.
Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas Kabinet bersetuju supaya penambahbaikan sistem pentaksiran kebangsaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta PMR dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran tentang pembelajaran.
''Penilaian akan dilaksanakan melalui pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran Psikometrik.
''Perkara yang ditaksir adalah pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan nilai yang menjurus kepada pentaksiran profil, pencapaian, perkembangan dan penyertaan murid," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan asal Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN-Sipitang) mengenai persediaan kementerian jika terdapat pelajar yang gagal dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) menyebabkan mereka tidak dapat memiliki sebarang sijil kelulusan akademik kerana tahun ini merupakan peperiksaan terakhir bagi PMR.
Tambah Mary Yap, PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah dan memberi pengiktirafan terhadap sumbangan guru dalam pencapaian murid.

Sunday 3 November 2013

Kemasukan Prestasi 2013 ditunda ke Tahun 2014



KPM mengambil maklum mengenai masalah akses ke SPPBS. Sehubungan dengan itu, kemasukan prestasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Akademik) serta Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan Non Akademik) bagi tahun 2013 akan ditutup buat sementara bermula 30 November 2013 dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2014 bagi kemasukan prestasi tahun 2013 yang masih belum selesai

Kementerian Pelajaran Malaysia

Friday 1 November 2013

Krim Tangan - KPS JJ



              KPS JJ krim penyempurnaan kecantikan diri....

100 % semulajadi, selamat & berkesan

Kini di jual di Koperasi SMKJJ. Dapatkan segera.

Tel : 05-5282149 / Faks : 05-5282148

 

Marketing and promoting of the cream has been done aggressively.We have promoted the cream in competitions,schools,shops including Mydin Meru Raya,as well as to our Menteri Besar Perak,YAB Dato' Seri Diraja Dr.Zambry Bin Abdul Kadir in Sitiawan.Our friends have also helped us to promote the cream during their school trip to RTM,KL.Promotion of the cream is also done online on our blogspot -pbsjjedu.blogspot.com and on our facebook - Sekolahku,Syurgaku SMK Jelapang Jaya.The cream can be bought at our school Coop at the price RM 8 for 5 gm.

SMK Jelapang Jaya
30020 Ipoh
Perak Darul Ridzuan.

Contact Number : 05-5282149
 

Tuesday 15 October 2013

Tarikh Akhir Key-in PBS Bulan November2013

1. Dimaklumkan bahawa kemasukan prestasi murid ke SPPBS tahun 2013 akan ditutup pada 1 Disember 2013 tanpa pelanjutan tarikh. (KP.LP.002.01.01.06.Jld.3(21) Bertarikh 2 Oktober 2013).
2. SPPBS telah mewujudkan Menu LAPORAN–STATISTIK–BILANGAN PENGGUNA GURU DI SPPBS bagi urusan pemantauan oleh JPN/PPD/Pentadbir Sekolah dan SU terhadap Pentadbir/Guru Kelas/Guru Mata Pelajaran yang BELUM LOGIN ke SPPBS mengikut Negeri, Daerah dan Sekolah masing-masing.

Harap maklum..

Wednesday 9 October 2013

Minta Perhatian Semua Guru Tingkatan

Semua guru tingkatan perlu isi bahagian kokurikulum SPPBS tahun 2013. Sila dapatkan borang individu pelajar untuk di lengkapkan sebelum key-in online.

Sekian terima kasih.

Monday 30 September 2013

Makluman Penutupan SPPBS - 4 Oktober 2013

Dimaklumkan SPPBS akan ditutup pada 4 Oktober 2013 bermula jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bagi kerja-kerja penyenggaraan teknikal sistem yang melibatkan Menu Laporan dan Cetakan pengguna. Penutupan ini bertujuan bagi mengelakkan akses ke dalam SPPBS oleh pengguna yang mungkin mengganggu kerja-kerja penyenggaraan.
SPPBS akan dibuka semula kepada pengguna selepas jam 8.00 malam pada tarikh 4 Oktober 2013 (Jumaat). Sebarang kesulitan amatlah dikesali. 

-BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

Thursday 26 September 2013

Pemantauan JPN & PPD

Dimaklumkan bahawa SPPBS telah mewujudkan Menu LAPORAN – STATISTIK – BILANGAN PENGGUNA GURU DI SPPBS bagi membolehkan pegawai JPN dan PPD melaksanakan pemantauan terhadap Pentadbir/Guru Kelas/Guru Mata Pelajaran yang BELUM LOGIN ke SPPBS mengikut Negeri dan Daerah masing-masing.
Mohon kerjasama semua pengguna agar menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer (IE) versi 7 hingga 9 sahaja untuk kemasukan prestasi NON-AKADEMIK bagi mengelakkan isu TAHAP PENCAPAIAN yang tidak dapat ditanda di SPPBS.
Harap maklum.

Friday 6 September 2013

Kem Kecemerlangan PBS 2013

Tarikh : 6-7 September 2013

Pelajar Tingkatan 2. Terdiri daripada seramai 40 pelajar.


Monday 26 August 2013

Segak - Penggal 2

Perhatian Kepada Guru Tingkatan


   Tarikh akhir key-in markah SEGAK penggal 2 ke dalam sistem SPPBS adalah pada 30 Ogos 2013.
Harap maklum.

Friday 9 August 2013

INSTRUMEN PEMANTAUAN

PBS 2013 : INSTRUMEN PEMANTAUAN PENJAMINAN KUALITI PBS 2013

Print PDF

 INSTRUMEN PEMANTAUAN PENJAMINAN KUALITI PBS 2013 - Sekolah Menengah Tingkatan 1,2 dan 3

Lembaga Peperiksaan Malaysia

Wednesday 10 July 2013

Kemahiran Hidup

MAKLUMAN TERKINI DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) -KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB)

  Print PDF

Dimaklumkan bahawa terdapat penambahbaikan terkini Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran:
1. Kemahiran Hidup Bersepadu: 77- Ekonomi Rumah Tangga.
2. Kemahiran Hidup Bersepadu: 78 - Pertanian
3. Kemahiran Hidup Bersepadu: 79 - Perdagangan dan Keusahawanan.

Guru-guru boleh memuat turun DSP ini mulai 22 April 2013.
Harap maklum.

Lembaga Peperiksaan Malaysia

Wednesday 12 June 2013

SPPBS TERKINI

Makluman Penutupan Sementara SPPBS

 

Print PDF
Dimaklumkan bahawa aplikasi SPPBS akan ditutup sementera kepada SEMUA PENGGUNA mulai jam 3 petang 31 Mei 2013 (Jumaat) sehingga 12 Jun 2013 (Rabu) untuk kerja-kerja teknikal migrasi dan pengujian aplikasi SPPS di hosting baharu.
Sebarang kesulitan amat dikesali.

Friday 31 May 2013

Makluman Penutupan Sementara SPPBS

Makluman Penutupan Sementara SPPBS

Print PDF
Dimaklumkan bahawa aplikasi SPPBS akan ditutup sementera kepada SEMUA PENGGUNA mulai jam 3 petang 31 Mei 2013 (Jumaat) sehingga 9 Jun 2013 (Ahad) untuk kerja-kerja teknikal migrasi dan pengujian aplikasi SPPS di hosting baharu.
 
Sebarang kesulitan amat dikesali.

Thursday 18 April 2013

Guru-guru KH & Bahasa Cina

Kepada semua guru KH & Bahasa Cina sila key-in skor PBS anda.
Harap maklum.

Sunday 7 April 2013

SPPBS Dibuka

 



SPPBS dibuka hari. Guru-guru boleh key-in mulai hari ini.

8 April 2013