Monday 30 September 2013

Makluman Penutupan SPPBS - 4 Oktober 2013

Dimaklumkan SPPBS akan ditutup pada 4 Oktober 2013 bermula jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bagi kerja-kerja penyenggaraan teknikal sistem yang melibatkan Menu Laporan dan Cetakan pengguna. Penutupan ini bertujuan bagi mengelakkan akses ke dalam SPPBS oleh pengguna yang mungkin mengganggu kerja-kerja penyenggaraan.
SPPBS akan dibuka semula kepada pengguna selepas jam 8.00 malam pada tarikh 4 Oktober 2013 (Jumaat). Sebarang kesulitan amatlah dikesali. 

-BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

Thursday 26 September 2013

Pemantauan JPN & PPD

Dimaklumkan bahawa SPPBS telah mewujudkan Menu LAPORAN – STATISTIK – BILANGAN PENGGUNA GURU DI SPPBS bagi membolehkan pegawai JPN dan PPD melaksanakan pemantauan terhadap Pentadbir/Guru Kelas/Guru Mata Pelajaran yang BELUM LOGIN ke SPPBS mengikut Negeri dan Daerah masing-masing.
Mohon kerjasama semua pengguna agar menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer (IE) versi 7 hingga 9 sahaja untuk kemasukan prestasi NON-AKADEMIK bagi mengelakkan isu TAHAP PENCAPAIAN yang tidak dapat ditanda di SPPBS.
Harap maklum.

Friday 6 September 2013

Kem Kecemerlangan PBS 2013

Tarikh : 6-7 September 2013

Pelajar Tingkatan 2. Terdiri daripada seramai 40 pelajar.