Maklumat Terkini
Dimaklumkan bahawa
tarikh akhir kemasukan prestasi murid Akademik dan Non Akademik bagi Tingkatan 1 ke dalam SPPBS telah dilanjutkan kepada 30 November 2012.
Terima kasih.
Wednesday, 21 November 2012
Thursday, 15 November 2012
Teknik Penyoalan Berkesan
Assalamualaikum wbt
Setiap kali masuk ke dalam kelas, kita pasti akan bertanya kepada pelajar soalan-soalan yang berkaitan dengan P&P.
Namun, adakah kita pasti bahawa teknik penyoalan kita itu berkesan atau tidak?
Berikut saya senaraikan teknik penyoalan yang berkesan:
Langkah 1 : Taburkan soalan kepada semua pelajar.Langkah 2 : Selepas kira-kira satu minit, barulah kita menyebut nama pelajar yang hendak disoal.Langkah 3 : Sekiranya pelajar tidak dapat menjawab,beri bantuan dengan memecahkan persoalan agar pelajar mendapat bayangan atau klu. Jangan menjatuhkan maruah dan semangat pelajar dengan perkataan yang tidak-tidak.Langkah 4 : Bertanya sekiranya ada murid lain yang sukarela ingin menjawab.Langkah 5 : Minta pelajar pertama tadi mengulang jawapan murid kedua dengan tepat.Langkah 6 : Ucapkan kata-kata pujian dan terima kasih kepada pelajar pertama dan kedua dengan penuh semangat dan persilakan mereka untuk duduk.
Sebut soalan terlebih dahulu, kemudian baru sebut nama pelajar |
Sekiranya kita menyebut nama pelajar diikuti dengan soalan, maka murid
lain akan mendengar sambil lewa sahaja kerana mereka sudah tahu bahawa
mereka 'terselamat'.
Tujuan memberi masa supaya pelajar dapat berfikir jawapan yang betul dan sesuai.
Selamat menyoal... .
~ Seronok mengajar, seronok belajar! ~
Wednesday, 7 November 2012
Tarikh Akhir Key -IN
Makluman Terkini Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
Dimaklumkan bahawa semua
prestasi murid (Akademik) Tahun 1,Tahun 2 (Sekolah Rendah) dan prestasi
murid (Akademik dan Non-Akademik) Tingkatan 1 (Sekolah Menengah) bagi
tahun 2012, perlu dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012.
Selepas tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan
lagi, bagi memberi laluan kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'.
Data SEGAK murid sekolah menengah bagi tahun 2012 mestilah direkod pada tahun semasa memandangkan pelaporan BMI adalah mengikut umur.
Diingatkan bahawa data-data dari Pentaksiran Sekolah ini akan dicantumkan dengan data Pentaksiran Pusat dan PAJSK untuk menghasilkan pencapaian akhir di Tahun 6 bagi Sekolah Rendah dan Tingkatan 3 bagi Sekolah Menengah.
Oleh itu kemasukan prestasi murid dalam SPPBS sangat penting dan perlu dilaksanakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)