PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
1.0 PENGENALAN
Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang
dilaksanakan di sekolah . Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan
dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
PBS
merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dilaksanakan oleh
guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Demi
menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan
akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor
pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.
Sekolah
wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata
pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul
dan ujian lisan. Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak
melaksanakan kerja kursus atau tiada markah kerja kursus. Setiap calon
mestilah mempunyai semua markah / pencapaian PBS setelah tamat tempoh
pelaksanaan. PBS dilaksanakan mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia.
2.0 KOMPONEN PBS
PBS
terdiri daripada Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran
Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani & Kokurikulum.
2.1 Pentaksiran Pusat
Lembaga Peperiksaan (LP) menghasilkan tugasan, peraturan pelaksanaan dan panduan penskoran serta kaedah pelaporan.
Sekolah
mentadbir, menskor hasil kerja murid dan menyediakan pelaporan.
Pentaksiran ini bertujuan mengukur proses dan produk yang autentik,
dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti :
i. Kerja kursus;
ii. Ujian lisan/bertulis
iii. Tugasan/folio
iv. Pemerhatian
v. Kemahiran amali; dan
vi. Persembahan/pembentangan lisan.
Pentaksiran
dilaksanakan oleh guru, pentaksir luar, rakan sebaya, ibubapa, agensi
luar dan ahli masyarakat dan dilaksana dalam tempoh yang ditetapkan oleh
LP. Penjaminan kualiti dilaksanakan melalui proses pemantauan oleh
pihak sekolah dan proses Penyelarasan oleh moderator. Penskoran merujuk
standard yang telah ditetapkan. Prestasi bagi murid untuk Tahun 6,
Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 dilaporkan bersama pelaporan
peperiksaan pusat (UPSR/PMR/SPM/STAM). Prestasi murid juga dilaporkan
melalui Laporan Perkembangan Murid, Carta Perkembangan Murid dan Rekod
Pembelajaran Murid di peringkat sekolah. Pencapaian skor setiap murid
dihantar kepada LP mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
2.2 Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran
Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diskor dan dilapor oleh
sekolah, di dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring
dengan proses pengajaran dan pembelajaran (Contoh: lembaran kerja,
pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan, tugasan dan tugasan rumah)
dalam bentuk pentaksiran sumatif di akhir suatu unit pembelajaran
(Contoh: ujian bulanan, ujian semester). Berfungsi sebagai pentaksiran
untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang
pembelajaran (assessment of learning) dengan merujuk kepada Standard
Prestasi.
Proses-proses pentaksiran adalah seperti berikut:-
i. mengenal pasti konstruk/perkara yang hendak ditaksir;
ii.
merancang, memilih serta membina dan mentadbir instrumen pentaksiran
yang memberi peluang keada muri mempamerkan atau mempersembahkan hasil
kerja yang relevan.
iii. menilai
hasil kerja murid dengan merujuk kepada deskriptor/kriteria dalam
standard perstasi dan menentukan tahap pernguasaan murid.
iv.
memberi maklumbalas kepada murid tentang prestasinya berdasarkan
kekuatan dan kelemahan serta merancang dan melaksanakan langkah
penambahbaikan; dan
v. merekod prestasi dalam portfolio untuk rujukan guru, penyelaras, murid dan ibubapa.
2.3 Pentaksiran Psikometrik
Suatu instrumen pentaksiran yang direkabentuk untuk
mendapatkan
maklumat secara kualitatif dan kuantitatif tentang keupayaan seseorang
untuk bertindakbalas dalam suatu cara tertentu. Ia mengukur kebolehan
semulajadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired
ability) daripada pengalaman dan persekitaran. Pentaksiran ini tidak
berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran, dan dibangunkan atas
nasihat pakar psikometrik dan ahli psikologi. Ditadbir mengikut
keperluan, secara manual atau berkomputer oleh guru atau murid itu
sendiri. Laporan pencapaian murid dibuat dalam bentuk deskriptif. Jenis
Pentaksiran Psikometrik seperti berikut:
i) Ujian Aptitud Am
Ukuran gabungan beberapa kebolehan berkaitan :-
a. Visual – ruang – bukan verbal (pintar ruang);
b. Linguistik/verbal (pintar perkataan);
c. Logik-matematik/numerikal (pintar nombor/penakulan); dan
d. Minat dan kecenderungan.
ii) Ujian Aptitud Khusus
Ukuran kebolehan khusus yang berkaitan dengan potensi diri murid dalam sesuatu bidang pekerjaan atau khusus;-
a. muzik (pintar muzik);
b. kreatifviti (pintar minda);
c. interpersonal (pintar orang – pengalaman sosial);
d. intrapersonal (pintar diri – refleksi kendiri);
e. kinestatik – jasmani (pintar jasmani); dan
f. naturalis (pintar naturalisme).
iii) Inventori Personaliti
Ukuran ciri-ciri perilaku istimewa/unik dan stabil yang ada pada
setiap individu yang membezakannya dengan orang lain untuk:-
a.
membantu guru mengenal pasti aspek-aspek sahsiah/personaliti individu
murid supaya strategi pengajaran yang sesuai dapat digunakan;
b. membantu murid memahami personaliti diri sendiri dan orang lain untuk tujuan berinteraksi; dan
c. mengenalpasti stail pembelajaran dan bukan untuk melabel murid.
2.4 Pentaksiran Aktiviti Jasmani & Kokurikulum (PASJK)
Satu
bentuk pentaksiran yang mengukur kecergasan dan kesihatan murid dalam
pelbagai aktiviti jasmani, serta menilai dan mengukur penyertaan,
penglibatan dan prestasi murid dalam pelbagai aktiviti kokurikulum dan
ekstrakurikulum. Instrument dan panduan pentaksiran sedia ada
dimantapkan oleh LP bersama organisasi yang berkenaan berdasarkan bidang
kepakaran masing-masing. Aktiviti Jasmani diukur berdasarkan Standard
Prestasi Jasmani iaitu:-
i. Panduan Pentaksiran Aktiviti Pendidikan Jasmani;
ii. Format Pelaporan Body Mass Index (BMI);
iii. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK); dan
iv. Standard Kriteria Penjagaan Kesihatan.
Manakala
aktiviti Kokurikulum diukur berdasarkan Standard Prestasi Kokurikulum.
PAJK pula ditaksir menggunakan pelbagai jenis aktiviti dan instrument
seperti:-
i. Kecergasan : naik turun bangku, BMI
ii. Kesihatan : pemerhatian, Buku Rekod Kesihatan
iii. Penyertaan : keahlian,kehadiran
iv. Penglibatan : jawatan, komitmen, peringkat; dan
v. Prestasi : pencapaian, sumbangan
Dilaksanakan secara berkala atau berterusan mengikut keperluan.
Ditaksir oleh guru, rakan sebaya, ibubapa dan agensi luar.
Dipetik dari Lembaga Peperiksaan Malaysia
Dipetik dari Lembaga Peperiksaan Malaysia