PMR ditambah baik di
peringkat menengah rendah, bukan dimansuh
KUALA
LUMPUR 5 Dis. - Kementerian Pendidikan tidak bercadang memansuhkan peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR), sebaliknya akan melakukan penambahbaikan
tertentu.
Hal
demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Mary Yap Kain
Ching yang menegaskan penambahbaikan tersebut membawa maksud penilaian di
peringkat menengah rendah masih dilaksanakan tetapi bukan dalam bentuk
peperiksaan pusat.
Jelasnya,
keputusan itu dibuat selepas Kabinet bersetuju supaya penambahbaikan sistem
pentaksiran kebangsaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta PMR
dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran dan
pentaksiran tentang pembelajaran.
''Penilaian
akan dilaksanakan melalui pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang merangkumi
empat komponen iaitu pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat, pentaksiran
aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran Psikometrik.
''Perkara
yang ditaksir adalah pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan nilai yang menjurus
kepada pentaksiran profil, pencapaian, perkembangan dan penyertaan murid,"
katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau
menjawab soalan asal Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN-Sipitang) mengenai
persediaan kementerian jika terdapat pelajar yang gagal dalam peperiksaan Sijil
Peperiksaan Malaysia (SPM) menyebabkan mereka tidak dapat memiliki sebarang
sijil kelulusan akademik kerana tahun ini merupakan peperiksaan terakhir bagi
PMR.
Tambah Mary
Yap, PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif
dan sumatif yang berasaskan sekolah dan memberi pengiktirafan terhadap
sumbangan guru dalam pencapaian murid.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131206/pa_03/PMR-ditambah-baik-di-peringkat-menengah-rendah,-bukan-dimansuh#ixzz2olZVqKFj
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
For any further information.
Please leave your comments..